PROGRAM NILAM

OBJEKTIF
Menyemai tabiat membaca dalam kalangan pelajar

CIRI-CIRI PELAKSANAAN NILAM

  • Bacaan buku fiksyen (buku yang ceritanya berbentuk rekaan/dongeng) serta bukan fiksyen (buku tentang tokoh negara, bidang perubatan dll) dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina/ Bahasa Tamil.
  • Bacaan mesti seimbang antara buku Bahasa Malaysia dengan Buku Bahasa Inggeris.
  • Buku yang dibaca mesti sekurang-kurangnya 50 muka surat.
  • Bahan bacaan daripada buku teks sekolah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 tidak diambil kira sebagai bahan bacaan nilam.
  • Buku Nilam yang tidak habis digunakan untuk Tingkatan 1 boleh disambung untuk Tingkatan 2 sehingga Tingkatan 5.

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM

Tahap pengiktirafan Jauhari

Bilangan buku yang dibaca
Gangsa  :
72-143 buah buku
Perak    
 :144-215 buah buku
Emas    
 :216-287 buah buku
Nilam    
 :288 buah buku ke atas


Rakan Pembaca

- Pelajar yang membaca lebih daripada 100 buah buku layak ke tahap ini.
- Pada tahap ini, pelajar menjalankan aktiviti pembacaan bersama-sama dengan rakan-rakan di sekolah.
- Aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan diberi skor pemarkahan mengikut Jadual Sistem Ganjaran Rakan    Pembaca.

Bilangan buku yang dibaca
Gangsa  : 
100-199 buah buku
Perak    : 
200-299 buah buku
Emas    : 
300-399 buah buku
Nilam    : 
400 buah buku ke atas


GANJARAN


Tahap Pengiktirafan Jauhari
- Satu markah merit akan diberikan untuk 20 buah buku yang dibaca.
- Setiap semester, markah merit maksima adalah 2 sahaja.
- Sijil Nilam diberikan kepada pelajar yang mencapai tahap pengiktirafan Jauhari.
- Rekod bacaan Jauhari akan dimasukkan ke dalam Sijil Berhenti Sekolah apabila pelajar menamatkan  persekolahan mereka.
-Pelajar yang mencapai tahap Jauhari, Emas dan Nilam akan dianugerahkan 'Button badge' semasa perhimpunan  sekolah.

Rakan Pembaca
- Markah bonus akan ditambah kepada markah Peperiksaan Akhir Tahun untukm kertas Bahasa Malaysia atau  Bahasa Inggeris.

Pengiktirafan Markah
Gangsa 
1
Perak    
2
Emas    
3
Nilam    
4
- Sijil Pengiktirafan Rakan Pembaca diberi

DENDA

- Pelajar yang tidak mencapai Tahap Pengiktirafan Jauhari Gangsa pada akhir tahun Tingkatan 3 akan diberi 1 demerit.